Beginda Minda @ Norazman bin Abdullah

Kini sedang bergolak kecoh ibarat tsunami yang melanda Jepun tempoh hari, cerita panas seorang lelaki Sarawak membuat pengakuan beliau memang ada skandal dengan Ummi Hafilda Ali.


Beginda cakap kosong - Ummi dengan bukti.

Mari kita belek satu demi satu, siapakah sebenarnya manusia yang bernama Beginda Minda keturunan Dayak dari bumi kenyalang ini....

Beginda Minda pernah bekerja sebagai pemandu dan tukang angkat beg kepada Datuk Sng seorang jutawan yang gemilang dari Sarawak dan pernah menjadi wakil rakyat Pelagus dan Julau. Datuk Sng adalah sahabat karib Anwar Ibrahim dan Azmin Ali… Sekiranya beliau terbang ke Semenanjung, banyak waktu akan dihabiskan bersama Azmin…

Sewaktu perbicaraan kes liwat Anwar yang mula mula dulu, tahun 1999 Beginda Minda muncul dengan nama Norazman bin Abdullah, ketika itu sebagai orang Islam….

Beliau telah “tergamak” membuat kenyataan dalam kandang saksi bahawa beliau pernah mengadakan hubungan seks dengan Ummi Hafilda.

Ummi Hafilda menafikan dan bersumpah sebagai menyokong penafian tersebut. Seterusnya Ummi membuat laporan polis tetapi pihak polis tidak dapat menahan Beginda kerana sudah lari ke luar negara untuk beberapa tahun.

Apakah tindakan Baginda ketika itu semata mata mahu “menjatuhkan kredibiliti” Ummi dan berapakah bayaran yang diterima..??

Setelah sekian lama menghilang, tiba tiba muncul kembali tetapi kali ini tidak lagi menggunakan nama Norazman bin Abdullah  kerana sudah tidak beragama Islam..! Baru-baru ini, YB Zulkifli bin Nordin ada membangkitkan dalam sidang Parlimen isu seorang pelajar sekolah yang membawa bekalan makanan daging babi, sebenarnya pelajar itu adalah anak kepada Beginda Minda.


Itulah sebabnya dalam isu ini, telah berlaku pertikaman lidah yang panas diantara Zul Nordin dengan wakil rakyat PAS Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad…!

Beginda Minda kembali untuk “menjinakkan” diri bergiat dalam politik dan mula aktif bersama PKR di Sarawak sehingga memperolehi jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian PKR Hulu Rejang.

Mudah untuk dibaca, Beginda kembali dan berpolitik setelah Anwar bebas penjara dan setelah PKR yang ditunggang Anwar menang banyak kerusi Parlimen dan berjaya memerintah negeri Selangor.

Benarkah Beginda Minda menerima elaun tetap sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan dari PKR Selangor atas arahan Anwar Ibrahim..??

Benarkah Beginda Minda ada rekod jenayah perdagangan dan kesnya masih dalam siasatan berhubung dengan pecah amanah membabitkan jumlah wang RM600,000 bersama EON Berhad..??

Benarkah salah seorang anak kandung Beginda Minda telah tidak mengakunya sebagai ayah kerana menyeksa kehidupan ibunya iaitu bekas isteri beginda Minda yang menetap di Melaka..??

Nantikan pembongkaran semua kisah kisah panas ini berserta dengan bukti bukti tidak lama lagi…!!

Comments (0)