YB Sivarasa |
Ahli Parlimen Subang, YB Sivarasa daripada Parti Keadilana Rakyat (PKR) telah dihalang untuk memasuki Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi ini atas arahan kerajaan negeri Sarawak.
Beliau dikatakan datang ke Sarawak untuk menghadiri konvensyen PKR di kawasan Batu Kawa.
Beliau pernah dihalang untuk memasuki Sarawak atas arahan yang sama. Sarawak mempunyai akta Imigresen yang berasingan dengan Semenanjung. Kerajaan negeri berhak menghalang mana-mana individu yang dicurigai dan tidak mematuhi peraturan untuk memasuki Sarawak.
Difahamkan arahan menghalang YB Sivarasa memasuki Sarawak telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sarawak. Beliau pernah menfailkan saman terhadap kerajaan negeri Sarawak tetapi tidak memihak kepada beliau.
Beliau akan diarahkan untuk kembali ke Semenanjung menggunakan pesawat seterusnya.
7:58 PM |
Category:
sivarasa
|
0
comments
Comments (0)