Atas semangat juang yang tinggi. Wanita UMNO telah menggerakkan gelombang merah secara rasminya di Kpg Badok DUN Kerdau oleh Ketua Wanita UMNO merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia; Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil pada petang Jumaat, 5hb Mac 2011.
Dihadapan kira-kira 600 orang pasukan gelombang merah; Datuk Seri Sharizat telah memberi satu ucapan penuh semangat untuk menggerakkan wanita UMNO berkempen dari rumah ke rumah.
Kesanggupan Yang Amat Mulia Tengku Mahani Puteri Bungsu Baginda Sultan Pahang turut hadir mencemar duli bersama-sama Wanita UMNO dalam berkempen pada Pilihanraya Kecil Dun Kerdau ini telah merancakkan suasana berkempen.
Kejayaan ini, tidak lain tidak bukan atas usaha YB Dato Hamidah Osman Adun Sg Rapat Perak Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia iaitu tulang belakang gelombang merah DUN Kerdau.
Gerakan gelombang merah ini telah menenggelamkan bulan hijau PAS.
Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan YB Dato Hamidah serta pemimpin Wanita lain mengerakkan gelombang merah. |
Datuk Seri Sharizat dan YAM Tengku Mahani serta Wanita UMNO melaungkan Hidup BN! |
Nyalaan gelombang merah ini telah menenggelamkan bulan hijau PAS. |
Panas terik matahari tidak melenturkan semangat juang Wanita UMNO. |
Gelombang merah yang diketuai oleh Datuk Seri Sharizat sedang bergerak ke rumah-rumah di Kpg Badok DUN Kerdau. |
3:53 AM |
Category: |
0
comments
Comments (0)