Parti Kian Runtuh itulah nama yang sesuai untuk PKR. Satu demi satu pemimpinnya melompat dan meninggalkan parti.

Apa dah jadi ni Anwar Ibrahim dan Baru Bian?

Kapal dah bocor ke?

Setakat ini 21 pemimpin kanan PKR telah meninggalkan parti samaada melompat ke BN, Bebas, parti pembangkang lain serta menubuhkan parti baru. Mereka dah sedar daripada pembohongan Anwar Ibrahim.

Terbaru, pengasas ranting PKR Uma Belor, Belaga En Kenneth Adan Silek dikatakan telah meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim dan Baru Bian yang belum mengumumkan calon untuk DUN N.57 Belaga, Sarawak. 


Kenneth Adan Silek

Bekas pengasas tersebut dikatakan cuba melobi untuk menjadi calon PKR di  DUN N.57 Belaga tetapi tidak mendapat restu daripada kepimpinan pusat kerana meragui kebolehannya untuk menjadi calon dan menewaskan YB Liwan Lagang yang dikatakan terus mendapat sambutan oleh penduduk setempat. PKR juga tidak dapat menyerang peribadi beliau kerana bersih daripada sebarang isu dan masalah keperibadian.

YB Liwan Lagang
                                                                 
Laporan dalaman yang diterima daripada penyokong PKR menyatakan beliau sedang mengetuk pintu Sarawak National Party (SNAP). Namun, beliau akan menghadapi masalah dengan seorang lagi bakal calon SNAP yang pernah bertanding tetapi kalah pada Pilihan Negeri 2006 yang lalu.

Bekas calon tersebut dikatakan masih berminat untuk menjaadi calon SNAP. Sudah tentu ini akan menutup ruang untuk bekas pengasas PKR Ranting Uma Belor.

Sudahlah. Lupakanlah niat engkau nak menjadi ahli yang berhormat tu. Lebih baik engkau tumpukan perhatian kepada kerja sebagai pensyarah. 

Penduduk Belaga dah muak dengan pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Pada 18hb Februari 20011 yang lepas, seramai lebih 30 orang Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Belaga telah melawat Perdana Menteri; Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan BN dibawah pimpinan Najib.


YAB PM bersama Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Belaga menunjukkan tanda 1Malaysia.
                            
Sekarang penduduk Belaga dah sedar dan mula memberi sokongan padu kepada kerajaan BN. Tanpa sokongan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat; pembangkang tak akan mendapat tempat di Belaga.

Kemanakah dia hendak membawa diri? Penduduk Belaga dah tak terima pembangkang yang hanya memberi janji kosong.

Ini menunjukkan orang-orang pembangkang ni hanya berjuang untuk kepentingan peribadi. Bila tak dapat apa yang diimpikan terus nak melompat parti?

Dimanakah laungan perjuangan untuk rakyat?

Fikir-fikirkanlah.

Comments (2)

On March 6, 2011 at 11:56 PM , Kenyah Badeng said...

Ya blogger yang sinis dengan komen yang kurang bernas atau kurang tepat, adakah projek BN di belaga berjaya? banyak yang tergendala, adakah anda dari daerah belaga? jangan mengulas kalau anda tak tahu apa yang berlaku di belaga. Adalah lebih baik lompat ke parti politik yang sesuai daripada lompat lepas menang bertanding. Siapa yang tak nak ke putrajaya kalau dijemput oleh PM? saya pun nak pergi kalau di jemput, menghadirkan diri di pejabat PM tak semstinya semua rakyat belaga sokong BN...fikir-fikirkan lah

 
On March 11, 2011 at 10:31 PM , anakjengayan said...

Saya difahamkan projek kerajaan BN di daerah Belaga dijalankan dengan berkesan.