Pada malam 7hb April yang  lepas, Calon N.54 Pelagus En Stanley Nyitar @ Unja ak Malang telah  berkempen di Rumah Meliu Sg Sibau Segerenjang, Kapit.
Rombongan beliau termasuk Setiausaha  Politik Kepada YAB Ketua Menteri; Wilson Nyabong dan Ketua pemuda PRS  Pelagus; En Elisson Silo Bilun dan beberapa orang pemimpin Barisan  Nasional (BN) tempatan. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Tuai Rh  Melian dan Rh John Rambo serta pengundi serta penduduk Rumah Meliu.
Dalam ucapannya, Stanley Nyitar telah  menyeru penduduk rumah panjang terbabit untuk memberi sokongan kepada  beliau untuk meneruskan kesinambungan kemajuan di kawasan mereka. Tambah  beliau, hanya kerajaan BN dapat menjamin masa depan yang lebih baik  kepada mereka.
Calon pembangkang dan bebas hanya muncul  semasa pilihanraya dengan menabur janji-janji kosong yang tidak mungkin  dapat dilaksanakan dan kemudiaan menghilangkan diri selepasa  pilihanraya.
Manakala, kerajaan BN adalah kerajaan  yang berpegang kepada janji dan penuh tanggungjawab. Segala janji akan  ditunaikan seiring dengan seruan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak iaitu “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Beliau juga  berjanji akan memastikan Pelagus diberi perhatian dalam pembangunan  terutamanya pembangunan infrastuktur seperti jalan raya, kemudahan air  bersih dan kemudahan elektrik.
Penduduk Rumah Meliu juga merasa bangga  dan gembira kerana Stanley sebagai anak jati Pelagus dapat menjadi calon  BN dan seterusnya menjadi wakil rakyat mereka.
Mereka percaya perwatakan Stanley yang  cepat mesra dan perihatin dengan masalah rakyat akan membolehkan beliau  mendapat sokongan padu pengundi Pelagus.
2:24 AM |
  Category:   |
  
0
comments


 
 
 
 
 
 
Comments (0)