Pada malam 7hb April yang lepas, Calon N.54 Pelagus En Stanley Nyitar @ Unja ak Malang telah berkempen di Rumah Meliu Sg Sibau Segerenjang, Kapit.

Rombongan beliau termasuk Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri; Wilson Nyabong dan Ketua pemuda PRS Pelagus; En Elisson Silo Bilun dan beberapa orang pemimpin Barisan Nasional (BN) tempatan. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Tuai Rh Melian dan Rh John Rambo serta pengundi serta penduduk Rumah Meliu.

Dalam ucapannya, Stanley Nyitar telah menyeru penduduk rumah panjang terbabit untuk memberi sokongan kepada beliau untuk meneruskan kesinambungan kemajuan di kawasan mereka. Tambah beliau, hanya kerajaan BN dapat menjamin masa depan yang lebih baik kepada mereka.

Calon pembangkang dan bebas hanya muncul semasa pilihanraya dengan menabur janji-janji kosong yang tidak mungkin dapat dilaksanakan dan kemudiaan menghilangkan diri selepasa pilihanraya.

Manakala, kerajaan BN adalah kerajaan yang berpegang kepada janji dan penuh tanggungjawab. Segala janji akan ditunaikan seiring dengan seruan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Beliau juga berjanji akan memastikan Pelagus diberi perhatian dalam pembangunan terutamanya pembangunan infrastuktur seperti jalan raya, kemudahan air bersih dan kemudahan elektrik.

Penduduk Rumah Meliu juga merasa bangga dan gembira kerana Stanley sebagai anak jati Pelagus dapat menjadi calon BN dan seterusnya menjadi wakil rakyat mereka.

Mereka percaya perwatakan Stanley yang cepat mesra dan perihatin dengan masalah rakyat akan membolehkan beliau mendapat sokongan padu pengundi Pelagus.

Comments (0)