YB Dato Sri James Jemut Masing
Presiden PRS
Parti Rakyat Sarawak

Bukan lah niat nak menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak dalam pentadbiran Kabinet Negeri Sarawak. Malah Gomo orang Semenanjung juga tidak mempunyai apa apa kepentingan di dalam urusan pentadbiran Negeri Sarawak ini. Namun demi Negara Malaysia dan aspirasi rakyat Sarawak maka Gomo terpaksa masuk campur dalam memberikan pandangan dalam pentadbiran Negeri Sarawak.

Pehin Seri Taib akan sudah jelas kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak dan yang menjadi teka teki kepada semua Rakyat Sarawak dan juga di sebelah semenanjung ini adalah Timbalan Ketua Menteri nya yang mungkin bakal di lantik dalam masa terdekat.

Sebelum PRN Sarawak Jawatan TKM di berikan kepada wakil kaum Cina dari parti SUPP namun apabila keputusan PRN Sarawak yang baru ini di lihat SUPP hanya mempunyai dua wakil sahaja dalam Kerajaan BN Sarawak yang mana dalam hal ini adalah tidak berpatutan sama sekali untuk di lantik wakil SUPP menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri.



Parti Rakyat Sarawak yang di ketuai Presiden nya James Jemut Masing bertanding di 9 kerusi Dun dan Menang 8 daripadanya yang mana satu kerusi yang kalah itupun adalah kerana Faktor Calon bebas yang di jadikan Kambing hitam oleh Larry Seng bekas Adun PRS terdahulu.


Sengketa Di Antara Larry dan James adalah
berpunca dari Larry Kaum Cina yang Cuba
Menguasai Parti rakyat Sarawak dengan ingin mengambil
Alih jawatan Presiden dan Menjadikan PRS sebagai
Parti yang di Kuasai Kaum Cina

Dari 9 kerusi 8 menang dan ini membuktikan bahawa PRS pasti yang berasaskan Kaum Iban majoritynya adalah Layak sama sekali dalam menjawat Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Jame Jemut Masing selaku Presiden PRS layak memegang jawatan tersebut.

Harus kita ingat bahawa PRS bukanlah sebuah parti yang baru malah telah lama menyokong Kerajaan Barisan Nasional. Walaupun hanya di berikan 9 kerusi Dun dan 6 kerusi Parlimen buat mereka dalam negeri Sarawak namun Komitmen mereka terhadap Barisan Nasional amatlah tinggi sama sekali. Ini lah parti yang berjuang untuk Rakyat dan juga Tulang belakang buat PBB dalam komponen Barisan Nasional.

Kami di sememanjung mengikuti perjalanan Politik Sarawak dan selepas PRN Sarawak kami dapati Kaum Cina adalah tidak menyokong Barisan Nasional walaupun wakil mereka dari SUPP memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri kanan. Jelas di sini bahawa Kaum Cina sememangnya tidak memerlukan wakil mereka dalam kabinet Kerajaan Sarawak apatah lagi untuk jawatan Timbalan ketua Menteri Sarawak.


Gomo nak nyatakan di sini agar Pehin Seri Taib membuat keputusan yang rasional dengan melantik Presiden PRS Datuk Seri James Masing menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri. Ingatlah bahawa kaum Iban memerlukan banyak sokongan dan dengan peluang yang ada dalam meletakkan Wakil kaum Iban dalam posisi Timbalan Ketua Menteri pasti banyak lagi kemajuan yang dapat di curahkan buat Masyarakat Iban di Sarawak.

Sepanjang Gomo di Sarawak Gomo dapati kaum Iban, Melayu, Melanau dan lain lain bangsa kecuali Cina menyokong penuh kerajaan Barisan Nasional sama ada dari PBB, PRS atau SPDP. Ini mengambarkan kepada kita semua bahawa Kerajaan BN Sarawak yang baru ini perlu memenuhi aspirasi rakyat yang jelas menunjukkan suara Kaum Iban di dalam pilihanraya Negeri yang lalu inginkan wakil mereka di dalam Kerajaan dan dapat menjaga mereka seadanya.

Usah lah Pehin Seri memberi muka kepada SUPP yang mewakili kaum Cina kerana tidak ada gunanya menjaga kaum Cina yang menolak Kerajaan walaupun pelbagai kemajuan di berikan kepada mereka. Lebih elok Pehin Seri menjaga Kaum kaum lain yang sudah terbukti menyokong kerajaan BN sehinggakan memberikan kuasa kepada Pehin Seri menjawat jawatan Ketua Menteri.

Pehin Seri Taib juga mesti kekal sebagai ketua Menteri kerana apa yang di bangunkan di Sarawak masih belum cukup dan Pehin Seri mesti meneruskan pembangunan yang sedia ada bagi kemajuan Negeri Sarawak.

Gomo dengan ini menyokong agar Datuk Seri James Jemut Masing di lantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak demi Aspirasi rakyat Sarawak!!!



Lebih Baik jaga Kaum Peribumi Dari
Kaum
yang Tak Sedar Dek Untung

Kredit kepada: Papa Gomo

Comments (1)

On May 3, 2011 at 5:51 PM , asapkoyan2u said...

Sangat setuju...sebab PRS memang layak untuk mendapatkan jawatan tun berdasarkan majoriti dalam PRN 10 lepas!!!