Showing posts with label beginda minda. Show all posts
Showing posts with label beginda minda. Show all posts
Beginda Minda @ Norazman bin Abdullah

Kini sedang bergolak kecoh ibarat tsunami yang melanda Jepun tempoh hari, cerita panas seorang lelaki Sarawak membuat pengakuan beliau memang ada skandal dengan Ummi Hafilda Ali.


Beginda cakap kosong - Ummi dengan bukti.

Mari kita belek satu demi satu, siapakah sebenarnya manusia yang bernama Beginda Minda keturunan Dayak dari bumi kenyalang ini....

Beginda Minda pernah bekerja sebagai pemandu dan tukang angkat beg kepada Datuk Sng seorang jutawan yang gemilang dari Sarawak dan pernah menjadi wakil rakyat Pelagus dan Julau. Datuk Sng adalah sahabat karib Anwar Ibrahim dan Azmin Ali… Sekiranya beliau terbang ke Semenanjung, banyak waktu akan dihabiskan bersama Azmin…

Sewaktu perbicaraan kes liwat Anwar yang mula mula dulu, tahun 1999 Beginda Minda muncul dengan nama Norazman bin Abdullah, ketika itu sebagai orang Islam….

Beliau telah “tergamak” membuat kenyataan dalam kandang saksi bahawa beliau pernah mengadakan hubungan seks dengan Ummi Hafilda.

Ummi Hafilda menafikan dan bersumpah sebagai menyokong penafian tersebut. Seterusnya Ummi membuat laporan polis tetapi pihak polis tidak dapat menahan Beginda kerana sudah lari ke luar negara untuk beberapa tahun.

Apakah tindakan Baginda ketika itu semata mata mahu “menjatuhkan kredibiliti” Ummi dan berapakah bayaran yang diterima..??

Setelah sekian lama menghilang, tiba tiba muncul kembali tetapi kali ini tidak lagi menggunakan nama Norazman bin Abdullah  kerana sudah tidak beragama Islam..! Baru-baru ini, YB Zulkifli bin Nordin ada membangkitkan dalam sidang Parlimen isu seorang pelajar sekolah yang membawa bekalan makanan daging babi, sebenarnya pelajar itu adalah anak kepada Beginda Minda.


Itulah sebabnya dalam isu ini, telah berlaku pertikaman lidah yang panas diantara Zul Nordin dengan wakil rakyat PAS Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad…!

Beginda Minda kembali untuk “menjinakkan” diri bergiat dalam politik dan mula aktif bersama PKR di Sarawak sehingga memperolehi jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian PKR Hulu Rejang.

Mudah untuk dibaca, Beginda kembali dan berpolitik setelah Anwar bebas penjara dan setelah PKR yang ditunggang Anwar menang banyak kerusi Parlimen dan berjaya memerintah negeri Selangor.

Benarkah Beginda Minda menerima elaun tetap sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan dari PKR Selangor atas arahan Anwar Ibrahim..??

Benarkah Beginda Minda ada rekod jenayah perdagangan dan kesnya masih dalam siasatan berhubung dengan pecah amanah membabitkan jumlah wang RM600,000 bersama EON Berhad..??

Benarkah salah seorang anak kandung Beginda Minda telah tidak mengakunya sebagai ayah kerana menyeksa kehidupan ibunya iaitu bekas isteri beginda Minda yang menetap di Melaka..??

Nantikan pembongkaran semua kisah kisah panas ini berserta dengan bukti bukti tidak lama lagi…!!

"Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya ‘birth mark’ yang ada di tubuh ini!"

Ummi Hafilda Ali

Itu reaksi awal yang dinyatakan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita itu di masa lalu.

Beginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Beginda Minda @ Norazaman bin Abdullah
"Saya tak nafikan yang saya memang mengenali Beginda, ini kerana dia sering hadir dengan bekas rakan perniagaan saya ketika itu, Datuk Sng Chee Hwa bila mana kami berbincang mengenai soal perniagaan yang kami usahakan."

Dato Sng Chee Hua

"Sebenarnya ini bukan kali pertama dia membuat tuduhan itu, saya sendiri pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai fitnah yang dia taburkan."

"Sekarang ini dia muncul semula setelah sekian lama menghilang, dengan nama Allah saya hendak katakan di sini, saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan beliau dan saya bersedia untuk melakukan mubahalah (sumpah laknat) mengenainya," tegas Ummi Hafilda

Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa “menjaja” isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau sekali lagi akan membuat laporan polis di atas segala fitnah dan nista yang Beginda nyatakan itu.

"Dia (Beginda) dengan bangganya menyatakan pernah membuat hubungan seks dengan saya tapi jangan kata bukti, gambar saya dengannya, dokumen perniagaan saya dengannya pun tak dapat dia kemukakan."

"Saya harap dia boleh berbangga bercerita satu dunia termasuk keluarganya kerana membuat pengakuan terbuka telah bersetubuh dengan Ummi Hafilda, namun percayalah, saya tidak akan sama sekali gentar untuk terus berjuang melawan segala taktik licik ini."

"Dengan nama Allah, saya ingin menyatakan yang segala tuduhan tersebut palsu, dan saya sedikit pun tidak akan menyerah kalah terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya melalui kaedah yang menjijikkan ini," tegasnya.

Oleh SYAHRIL A. KADIR

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Gempar!!!
 
Pagi semalam, di salah sebuah kedai kopi sekitar Bandar raya Kuching. Dato Sng Chee Hua secara terbuka telah mengistiharkan bahawa beliau akan menaja George Lagong atau George Sng untuk menentang calon BN-PRS, Dato Sri Dr James Jemut Masing pada pilihanraya negeri akan datang di DUN Baleh, Sarawak.



Dato Sng ialah bapa kepada ADUN Pelagus; YB Larry Sng Wei Shien. George Lagong pula ialah adik tiri kepada Dato Sng. 

sumber: azlan zamhari
Beliau juga merupakan rakan karib kepada ketua pembangkang dan penasihat PKR; Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim
Dato Sng pernah mengemparkan tanahair 13 tahun dahulu ketika dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Dato Sng dan Nor Azman bin Abdullah @ Beginda Anak Minda merupakan antara saksi utama dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar pada tahun 1998 yang lepas.


Nor Azman Abdullah @ Beginda ak Minda
Fakta yang jelas dan tidak boleh dinafikan ialah Dato Sng juga pernah menaja Beginda Anak Minda dalam dua pilihanraya iaitu di PRU 10 P.188 Kapit (1999) dan PRN Sarawak N.24 Engkilili (2001). Namun, beliau tewas di kedua-dua pilihanraya itu.

Usaha Dato Sng untuk membeli undi hanya sia-sia. Lihat keputusan pilihanraya tersebut di bawah.

P188 Kapit – 1999

Alexander Nanta Linggi (BN-PBB): 12157
Richard Nujong ak Abit (Bebas): 1141
Nor Azman bin Abdullah @ Beginda (BA-Keadilan): 843

Majoriti: 11016
Jumlah pengundi: 21934
Jumlah keluar mengundi: 14368 (65.5%)
Undi Rosak: 227

N24 Engkilili – 2001

Toh Heng San (BN-SUPP): 3485
Johnical Rayong Ngipa (Bebas): 2777
Nor Azman bin Abdullah @ Beginda (Keadilan): 173

Majoriti: 708
Jumlah pengundi: 9187
Jumlah keluar mengundi: 6507 (70.82%)
Undi Rosak: 72


Selain itu, George Lagong juga pernah ditaja oleh Dato Sng untuk menentang calon BN-PRS di kawasan parlimen P.216 Hulu Rajang pada pilihanraya umum 2008 yang lepas tetapi tewas.


George Lagong

Rombongan Dato Sng yang membawa wang untuk membeli undi di kawasan Sungai Asap Belaga telah ditahan oleh penyokong BN dan diserahkan kepada pihak Polis. Namun demikian, sehingga ke hari ini kes berkenaan telah senyap tanpa khabar berita. 

Apa dah jadi dengan wang tersebut? Kes dah tutup ke?

Sekali lagi usaha Dato Sng untuk membeli undi hanya sia-sia. Lihat keputusan pilihanraya tersebut di bawah.

P216 Hulu Rajang – 2008

George Lagong (Bebas): 4426
Billy @ Abit Joo (BN-PRS): 6590

Majoriti: 2164
Jumlah pengundi: 17696
Jumlah keluar mengundi: 11164 (63.1%)
Undi Rosak: 139

Semasa Larry Sng mengadakan pertemuan dengan YAB PM, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hotel JW Marriot Miri dalam siri perjumpaan YAB PM dengan ADUN BN Sarawak sebulan yang lepas. Pada hari yang sama bapanya membuat pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Grand Continental Kuching.

Bolehkah mereka dipercayai? Mereka berkongsi DNA yang sama.

Seperti kata pepatah Melayu yang berbunyi:

“Bapa borek, anak rintik”

Difahamkan juga oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa Dato Sng juga akan menaja seramai 15 calon PKR yang lain.

Dari manakah beliau mendapat sumber kewangan yang banyak untuk menaja mereka dalam keadaan perniagaan yang tidak menentu. Kontrak pembinaan semula blok bangunan asrama SMK Belaga yang telah ditamatkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuarters guru di SK Nanga Merit yang tidak disiapkan dan blok bangunan kedai yang tidak laris di Bletih, Kapit.

Siapakah penaja sebenar?