Petang semalam sejurus sampai di Kuching Sarawak Gomo di sambut oleh Exco Pemuda PRS Bit Surang yang kemudiannya membawa kami ke Ibu Pejabat PRS bagi menemubual Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Seri Dr James Masing mengenai isu Larry Sng yang telah di buang dari parti pada tahun 2007 atas masaalah dalaman parti.Dalam sesi temubual itu juga turut sama hadir adalah 8 lagi calon Barisan Nasional yang akan bertanding pada PRN Sarawak kali ini.


Menurut Dato Seri Dr James Jemut Masing, Larry Sng tidak tersenarai dalam senarai calon PRS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 pada 16 April ini.Beliau berkata parti itu telah pun mengenal pasti muka baru bagi mempertahankan kerusi Pelagus yang pernah diwakili Sng semenjak 2001.
Larry Sng bukan lagi ahli PRS dan tidak boleh di calonkan bukan ahli parti untuk bertanding dan Larry Sng tidak berada dalam senarai calon kali ini. Ada besar Kemungkinan beliau bertanding dalam senarai orang (parti) lain.

Petang semalam juga kami di perkenalkan dengan kesemua calon calon PRS iaitu terdiri:
N.25 Balai Ringin (Snowdan Lawan), N.26 Bukit Begunan (Mong Dagang), N.29 Batang Ai (Malcolm Mussen Lamoh), N.25 Tamin (Joseph Mauh), N.53 Kakus (John Sikei Tayai), N.56 Baleh (James Masing) dan N. 57 Belaga (Liwan Lagang) Calon Kekal sepertimana PRU Sarawak 2007 dan turut menampilkan Dua orang muka baru iaitu Calon N.43 Ngemah ( Alexander Ak Vincent) dan N.54 Pelagus (Stanley Nyitar).

Untuk rekod pada PRN Sarawak yang ke-6 iaitu 20 Mei 2006 PRS menang lapan daripada sembilan kerusi yang dipertandingkan selepas wakil parti PRS iaitu Alexander Vincent tewas kepada calon Bebas, Gab-riel Adit, Demong.

Psssttt....Nampak gaya PRS sapu bersih kerusi yang di tandingi mereka kali ini.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Kredit kepada: Papa Gomo

Comments (0)