1.  Berjanji akan bersikap adil kepada semua kaum di kawasan beliau termasuk Iban, Cina, Melayu/Melanau dan Orang Ulu.

 2.   Dari segi Agama, walaupun beliau beragama kristian tetapi beliau masih bersedia untuk bersama dengan kaum Iban dalam upacara miring sekiranya dijemput. Bagi yang beragama Islam dan Buddha.  Beliau juga akan sentiasa menerima jemputan sekiranya dijemput untuk menghadiri dalam apa juga upacara keagamaan.

 3. Dengan nada yang sentiasa merendah diri beliau berjanji akan lebih bertimbang rasa dan dengan penuh hormat untuk melayan pengundi beliau dari apa juga segi.

 4. Dari segi pembangunan di kawasan N54 Pelagus. Beliau menyeru kepada semua ketua masyarakat termasuk temenggong, pemancha, penghulu dan tuai rumah supaya bekerja sama dengan beliau untuk mencapai matlamat iaitu untuk membangunkan :-


a)      Kemudahan awam - Jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan sebagainya. Beliau berjanji akan menyampaikan semua permintaan rakyat kepada kerajaan pusat dan cuba mengusahakan sedaya upaya untuk supaya peruntukan tersebut dapat diluluskan oleh kerajaan pusat.

b)      Pendidikan- beliau berharap supaya setiap satu ruang bilik akan terdapat sekurang-kurangnya seorang masuk universiti dan balik dengan ijazah.. cara beliau ialah mendidik dan menyedarkan betapa pentingnya pendidikan. Menurut beliau pemantauan beliau terhadap murid-murid sekolah semenjak dari sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti.

c)       Pembangunan ekonomi - Beliau tidak mahu kaum Iban di kapit terlalu bergantung kepada YB, seperti mana pernah Larry lakukan, kerana Larry tidak pernah cuba untuk membantu rakyat di pelagus untuk merangsangkan ekonomi. Bila kaum Iban tiada pendapatan yang tetap maka ini akan menyebabkan rakyat banyak bergantung kepada kaum lain  dan melemah kan politik kaum Iban. Selain daripada itu, beliau juga tidak akan melupakan kaum Cina dan Melayu/Melanau.

Comments (0)