Sibuk diperkatakan dibandar Kapit bahawa George Lagong yang telah diumumkan akan bertanding di Baleh atas tiket SNAP untuk menentang Presiden PRS, Dato Sri Dr James Jemut Masing akan berpindah ke kerusi Pelagus atas arahan Dato' Sng Chee Hua. 

Dato' Sng ialah bapa kepada bekas Adun Pelagus Larry Sng Wei Shien. 

Anak Jengayan telah menerima panggilan telefon dan sms daripada rakan-rakan di Kapit yang baru balik daripada Baleh mengatakan yang Dato' Sng memberi arahan kepada jentera pilihanraya George Lagong untuk berpindah ke Pelagus. 

Kenapa ke Pelagus? Takut hilang deposit ye?
Atau sekadar nak membalas dendam kesumat. Nampak sangat agenda politik mereka bukan untuk menolong rakyat tetapi hanya untuk kepentingan peribadi. Janganlah sia-siakan undi anda kepada calon seperti ini. 

Rata-rata Ketua Masyarakat, Ketua kampung dan pengundi di Pelagus sangat gembira bahawa anak jati Pelagus yang berpelajaran tinggi seperti Stanley Nyitar akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan mereka. Selama ini, anak Cina menjadi calon dan anak dari Baleh menjadi calon BN Pelagus. Pengundi Pelagus akan menyokong penuh calon anak jati Pelagus ini.

Stanley Nyitar berasal dari Nanga Merit Sungai Rejang yang berada dalam DUN N.54 Pelagus. Malam ini seramai 163 ketua kampung telah menghadiri majlis memperkenalkan calon BN-PRS di kediaman Stanley Nyitar di Kapit. Ketua-ketua kampung itu termasuk daripada PRS, PBB dan SPDP. Selain daripada itu, kaunselor dan Penghulu juga turut serta menyatakan sokongan mereka kepada Stanley.

Nampak gayanya, menang besarlah calon BN di Pelagus. Kita nak lihat sokongan Larry Sng kepada calon BN ini. Buktikan yang kau tu betul-betul orang BN seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini. 

Buktikan!!!

Comments (0)