Balun menbalun sesama sendiri bukanlah satu perkara yang baik kepada kita di pihak BN.

Anak Jengayan telah membaca banyak artikel tentang ketidakpuasaan para blogger pro BN tentang komen Timbalan Menteri Y terhadap blogger pro BN terutamanya kepada Papa Gomo dan rakan-rakan di Desa Murni, Kerdau. Sebenarnya, Anak Jengayan bimbang dengan pertelingkahan yang sedang berlaku.

Anak Jengayan cuma nak mengesahkan yang Anak Jengayan dan Orang Panggau memang ada ditempat kejadian semasa Timbalan Menteri Y mengatakan sesuatu kepada Papa Gomo dan blogger yang lain.

Kalau tak silap, kejadian berlaku selepas YB Khairy Jamaluddin selesai berceramah dan bergambar dengan penyokong-penyokong BN.

Anak Jengayan dan Orang Panggau pun sempat berbual dan bergambar dengan YB Khairy dan Datuk Sharkar.

Beginilah skrip perbualan di antara Timbalan Menteri Y dan Papa Gomo:-

Timbalan Menteri Y:

“Kau balun aku ye. Kau orang blogger ni tak intelek. Kau orang tak faham apa itu ‘new politic’. Tunggu aku pula yang balun kau orang.”

Papa Gomo:

“Datuk, kita orang bukan balun. Kita orang cuma nak sedarkan.”

Mungkin skrip ni tak lengkap. Maaf le ye.

Selepas itu, riak wajah Papa Gomo pun berubah dan kami pun beredar menuju ke Temerloh.  

Inilah kali pertama Anak Jengayan mendengar perkataan balun. Anak Jengayan memang tak faham maksud balun.

Namun, reaksi wajah para blogger pro BN terhadap komen Timbalan Menteri Y telah mengambarkan bahawa komen balun agak keras terhadap mereka.

Anak Jengayan akhiri artikel pengesahan ini dengan serangkap perumpamaan untuk tatapan:

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.”



Comments (4)

On March 12, 2011 at 1:33 AM , PAPA GOMO said...

Kita datang cara hormat dia pulak biadap. Memang nak di ajar tim menteri ni

 
On March 13, 2011 at 10:12 PM , Yuseri Yusoff said...

Salam.

Link blog anda sy pautkan di rangkain sarawak bloggers.. harap anda dpt memautkan saya di sini juga.

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

Terima kasih

 
On March 13, 2011 at 11:43 PM , Gerakan Timur said...

Salam 1 Malaysia,

Terima kasih ceritakan hal sebenarnya kerana mr. intelligent sudah membuat penafian.

Penafiannya bermakna bloggers pembohong. Adakah kita pembohong? Anda berada disana, anda tahu siapa pembohong..

GT sudah link n follow blog anda. Mohon di link kembali.

Salam perjuangan dari Gerakan Timur

 
On March 14, 2011 at 12:44 AM , Suara Lensa said...

blog anakjengayan telah dilink di 'news from borneo' di
http://suaralensa.blogspot.com/

salam 1Malaysia
dan
salam perjuangan!