PAS telah ditolak bulat-bulat oleh penduduk Orang Asli Kerdau.


Sewaktu Anak Jengayan meninjau keadaan perkampungan Orang Asli di Kpg Paya Sendayan. Anak Jengayan sempat berbual dengan beberapa Orang Asli.

Anak Jengayan bertanya:

“Apakah pendapat tok tentang PAS”?

Dengan nada tinggi tok tu menjawab:

“PAS ni tak guna, sama macam PKR… Penipu rakyat.”

Beliau menambah:

“Hari tu ada beberapa orang PAS datang nak berkempen ke kampung kami. Lalu saya menjawab; kamu orang pergi pasar membeli ikan. Kamu orang guna apa untuk menimbang? Sudah tentu guna dacing kan? Takkan guna tangan pula untuk menimbang. Itu bermakna Barisan Nasional (BN) itu adil. Lalu mereka meninggalkan kampung saya.”

Orang Asli pun tahu bahawa Kerajaan BN memang adil.

Tinjauan Anak Jengayan mendapati hanya satu bendera PAS di kawasan perkampungan Orang Asli.

Sedarlah orang Sarawak. Pembangkang dah ditolak bulat-bulat di Semenanjung. Takkan orang Sarawak pula yang nak menerima parti yang ditolak ni.


Anak Orang Asli menyokong BN.  

Lagi harapan Orang Asli.
 
Penyokong setia BN.










1Malaysia.
Kiri: rumah baru disediakan kerajaan. Kanan: rumah lama

Comments (0)