Hari pertama kempen pilihanraya di DUN N.54 Pelagus dan N.56 Baleh. BN telah mendahului dengan menguasai pemasangan poster. Malah, penduduk di Bandar Kapit sangat yakin yang BN akan mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut.




Setiap penjuru Bandar Kapit cuma dihiasi oleh poster BN yang begitu sejuk mata memandang. Kemungkinan pihak pembangkang telah mengetahui yang mereka akan kalah teruk dan membuat keputusan tidak memasang poster.





Dari reaksi penduduk di Sekitar Bandar Kapit mereka begitu megah bangga melihat poster calon BN N. 54 Pelagus, En Stanley Nyitar @ Unja ak Malang anak jati Pelagus dan calon N.56 Baleh Dato Sri James Jemut Masing iaitu pemimpin kesayangan penduduk Baleh. Setiap lawatan dan perjumpaan kedua-dua calon BN ini akan disambut dengan hangat oleh penduduk Pelagus dan Baleh.

Comments (0)