Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap naib presiden UMNO Dato Seri Mohd Shafie Aqdal telah membuat lawatan ke Rh Nudong, Nanga Ibau, Kapit untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) N.54 Pelagus Stanley Nyitar @ Unja ak Malang untuk berkempen.


Dalam lawatan tersebut, Dato Seri Mohd Shafie telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM15.8 juta untuk projek bekalan elektrik Luar bandar di kawasan N.54 Pelagus dan jalan raya untuk menghubungkan Kapit ke Nanga Ibau.

Dato Seri Mohd Shafie turut menyelar calon bebas iaitu George ak Lagong yang bertanding sekadar untuk menunjukkan ketidakpuasan hati. Beliau turut memberitahu Dato Sng Chee Hua ialah kawan Anwar Ibrahim. Tambah beliau, adalah sia-sia memilih caloh bebas yang ditaja oleh orang yang mempunyai kepentingan peribadi semata-mata. Beliau menyeru kepada pengundi supaya bijak memilih wakil rakyat mereka. Wakil rakyat yang dipilih haruslah mempunyai pandangan masa depan dan berjiwa rakyat seperti Stanley Nyitar.


Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo, Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi, YB Senator Doris Sophia Brodie dan Walikota Kapit, En Philimon Nuing.



Anak Jengayan berkata: Nampak gayanya, menang besarlah bekas bos aku ini nanti. Hehe....

Comments (0)