Sejurus selepas tempoh bantahan tamat pada jam 11.00 pagi semalam. Calon BN untuk DUN N.56 Baleh yang juga merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah memulakan kempennya ke Rh Sekang Nanga Bawai. Beliau telah diiringi isteri Datin Sri Corrine Masing, Datuk Kenneth Kanyan, Datuk James Jimbun, Pemancha David Dian, ketua-ketua masyarakat, tuai-tuai rumah dan penyokong-penyokong lain. 

Sambutan hangat telah diberikan oleh penduduk rumah panjang tersebut sehingga ruai rumah panjang dipenuhi oleh penduduk dan penyokong BN. Mereka tidak sabar hendak mendengar amanat daripada pemimpin kesayangan mereka. 

Dato Sri Dr James Masing dijangka tidak akan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kerusi N.56 Baleh. Pengundi-pengundi Baleh percaya calon pembangkang dari PKR iaitu Frankie Bedindang akan kalah dengan teruk dan hilang deposit. 

Dr James, Datuk Jimbum, Datuk Kenneth, Pemancha David dan Penghulu Sawing

Dr James disambut oleh penduduk Rh Sekang

Amanat penting kepada penduduk Rh Sekang

Barisan ketua masyarakat

Upacara miring sedang diadakan

Dr James sedang berbisik sesuatu kepada Datuk James Jimbun

Penyokong kuat BN

Upacara miring memohon restu

Comments (0)