Pada hari Ahad yang lepas Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Biro Aduan Komunitinya; Dato' Mohd Khairun Tan Sri Aseh Che Mat telah menyertai calon Barisan Nasional (BN) kawasan DUN N.56 Baleh, Dato' Sri Dr James Jemut Masing dan DUN N. 54 Pelagus, Encik Stanley Nyitar @ Unja ak Malang untuk berkempen di Pelagus dan Baleh. 

Pemimpin Negeri dan Pemuda UMNO.

Beliau telah melawat Bilik Operasi BN Pelagus dan Baleh untuk meninjau persediaan jentera BN di sana. Turut menyertai beliau ialah beberapa Exco Pemuda PRS dan pemimpin Pergerakan Pemuda dan Wanita PRS tempatan. 

Dato' Khairun di Bilik Operasi BN Pelagus dan Baleh.

Lebih menarik lagi apabila Dato' Khairun telah diberi penghormatan untuk mengadakan upacara 'Miring' di kediaman Dato' Sri Dr James Masing di Sungai Kapit. 

Dato' Sri Dr James, Dato' Khairun dan Stanley Nyitar sedang mengadakan upacara 'miring'.

 Pengundi-pengundi di kawasan Pelagus dan Baleh berbangga kerana dapat dapat berjumpa sendiri dengan Dato' Khairun yang sering mereka lihat melalui media massa sahaja. 

Stanley sedang berbincang sesuatu dengan YB Senator Doris

Dato' Khairun memang dikenali kerana kebaikannya membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan melalui Biro Aduan Komuniti. Sebelum ini, beliau telah berjaya membawa balik dua orang wanita Dayak yang telah dilarikan ke Lombok, Indonesia.

Dato' Khairun percaya PRS akan dapat mempertahankan kerusi Pelagus dan Baleh dalam pilhanraya negeri kali ini.

Anak Jengayan berkata: Dato', bila kita boleh jumpa? Hehe...

Comments (0)