Tak sudah-sudah membuat dosa. Itulah PAS.

Mereka cuba mengaburi dan menyesatkan penduduk DUN N. 28 Kerdau dengan harapan palsu dan lebih teruk lagi menjanjikan syurga jika mengundi calon PAS. 

Perayu undi PAS.

Politik dan Islam adalah dua perkara yang berbeza. Itulah yang dikatakan oleh Roslan Kassim dalam ceramahnya di Kpg Sekoh, Rumpun Makmur semalam. Roslan merupakan bekas penyokong kuat dan pengasas PKR yang kemudiannya telah melompat parti dan kembali menyokong UMNO kerana telah sedar daripada ulit-ulit mimpi pembohongan penasihat PKR.

Tambah Roslan, disebabkan gila kuasa dan darjat. PAS sanggup menjual nama Islam dan bersengkongkol dengan DAP dan PKR. Karpal Singh pernah mengatakan langkah mayatnya dulu kalau mahu tubuhkan negara Islam. Apa dah jadi sekarang? PAS pula menjadi rakan karib DAP. Dulu PAS cakap, kalau bersalam dengan orang kafir adalah haram.

Sekarang apa dah jadi?

Inilah PAS. Berlakon dengan jambangnya dan serbannya serta berlagak alim tetapi perangai macam setan. Sedarlah wahai penyokong PAS. Jangan terus tersesat dengan janji syurga oleh pok nik.

Mana ada mengundi parti politik boleh masuk syurga. Terang-terangan telah menyesatkan akhlak.

Comments (0)