Gempar!!!
 
Pagi semalam, di salah sebuah kedai kopi sekitar Bandar raya Kuching. Dato Sng Chee Hua secara terbuka telah mengistiharkan bahawa beliau akan menaja George Lagong atau George Sng untuk menentang calon BN-PRS, Dato Sri Dr James Jemut Masing pada pilihanraya negeri akan datang di DUN Baleh, Sarawak.



Dato Sng ialah bapa kepada ADUN Pelagus; YB Larry Sng Wei Shien. George Lagong pula ialah adik tiri kepada Dato Sng. 

sumber: azlan zamhari
Beliau juga merupakan rakan karib kepada ketua pembangkang dan penasihat PKR; Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim
Dato Sng pernah mengemparkan tanahair 13 tahun dahulu ketika dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Dato Sng dan Nor Azman bin Abdullah @ Beginda Anak Minda merupakan antara saksi utama dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar pada tahun 1998 yang lepas.


Nor Azman Abdullah @ Beginda ak Minda
Fakta yang jelas dan tidak boleh dinafikan ialah Dato Sng juga pernah menaja Beginda Anak Minda dalam dua pilihanraya iaitu di PRU 10 P.188 Kapit (1999) dan PRN Sarawak N.24 Engkilili (2001). Namun, beliau tewas di kedua-dua pilihanraya itu.

Usaha Dato Sng untuk membeli undi hanya sia-sia. Lihat keputusan pilihanraya tersebut di bawah.

P188 Kapit – 1999

Alexander Nanta Linggi (BN-PBB): 12157
Richard Nujong ak Abit (Bebas): 1141
Nor Azman bin Abdullah @ Beginda (BA-Keadilan): 843

Majoriti: 11016
Jumlah pengundi: 21934
Jumlah keluar mengundi: 14368 (65.5%)
Undi Rosak: 227

N24 Engkilili – 2001

Toh Heng San (BN-SUPP): 3485
Johnical Rayong Ngipa (Bebas): 2777
Nor Azman bin Abdullah @ Beginda (Keadilan): 173

Majoriti: 708
Jumlah pengundi: 9187
Jumlah keluar mengundi: 6507 (70.82%)
Undi Rosak: 72


Selain itu, George Lagong juga pernah ditaja oleh Dato Sng untuk menentang calon BN-PRS di kawasan parlimen P.216 Hulu Rajang pada pilihanraya umum 2008 yang lepas tetapi tewas.


George Lagong

Rombongan Dato Sng yang membawa wang untuk membeli undi di kawasan Sungai Asap Belaga telah ditahan oleh penyokong BN dan diserahkan kepada pihak Polis. Namun demikian, sehingga ke hari ini kes berkenaan telah senyap tanpa khabar berita. 

Apa dah jadi dengan wang tersebut? Kes dah tutup ke?

Sekali lagi usaha Dato Sng untuk membeli undi hanya sia-sia. Lihat keputusan pilihanraya tersebut di bawah.

P216 Hulu Rajang – 2008

George Lagong (Bebas): 4426
Billy @ Abit Joo (BN-PRS): 6590

Majoriti: 2164
Jumlah pengundi: 17696
Jumlah keluar mengundi: 11164 (63.1%)
Undi Rosak: 139

Semasa Larry Sng mengadakan pertemuan dengan YAB PM, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hotel JW Marriot Miri dalam siri perjumpaan YAB PM dengan ADUN BN Sarawak sebulan yang lepas. Pada hari yang sama bapanya membuat pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Grand Continental Kuching.

Bolehkah mereka dipercayai? Mereka berkongsi DNA yang sama.

Seperti kata pepatah Melayu yang berbunyi:

“Bapa borek, anak rintik”

Difahamkan juga oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa Dato Sng juga akan menaja seramai 15 calon PKR yang lain.

Dari manakah beliau mendapat sumber kewangan yang banyak untuk menaja mereka dalam keadaan perniagaan yang tidak menentu. Kontrak pembinaan semula blok bangunan asrama SMK Belaga yang telah ditamatkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuarters guru di SK Nanga Merit yang tidak disiapkan dan blok bangunan kedai yang tidak laris di Bletih, Kapit.

Siapakah penaja sebenar?

Comments (1)

On March 9, 2011 at 4:19 PM , asapkoyan2u said...

Semua nak main belakang macam bos mereka juga!!!